Wednesday, September 12, 2012

Rumah Idaman fully barang IKEA

Salam sume... hari nie cm nk menulis je dalam blog, nk share something dengan u all...hihihi... tadi search tenet sesaje tgk barang2 kt IKEA rase cm nak fully in house barang2 dari IKEA.. syiokkk nye kalo camtuu... impian dari dulu nk rumah penuh dengan barang2 dari IKEA... xpela, simpan duit dulu kalo dh mampu untuk beli barang2 tu sume nt bru apply... huhuhu... nape ye teringin sangat nk umh penuh dengan barang2 IKEA??... maybe sebab design nye sesuai pada jiwa kot... huhuhu... ape2 jelahh.. yang penting barang2 IKEA penuh menghiasi rumahku nanti... berangan duluuuuu.... tah bila boleh dapat fully IKEA...insyallah dengan usaha dan doa akan termakbul setiap permintaan.. kihkihkihkih.... bulan nie saya dh 6bulan mengandungkan anak kedua.. doakan saya dan anak sihat walafiat ye kwan2... ok lah sampai sini aje lah coretan saya untuk kali nie tentang barang IKEA yang saya idam2kan setelah sekian lama... huhuhu....

Monday, July 23, 2012

Kerinduan Melanda

Salam kepada sume..... lame betul saya tak update blog, rase rindu pulak nak menulis dalam Blog Bicara Kata niehh... waaahhhh, sudah genap setahun saya mendirikan rumahtangga... sedar tak sedar dah nak masuk dua cahayamata dalam keluarga kami... alhamdulillah, allah telah kurniakan kami zuriat, menjadikan  anak2 yang soleh dan solehah... semoga allah permudahkan segala urusan kami sekeluarga.... ameennn ya rabb....walaupun banyak cabaran dan dugaan yang allah beri, kami redha atas ketentuan yang diberi olehNya....wahhh, ade ciket tacing dalam bab nie... hanya allah sahaja yang mengetahui hati dan perasaan kami.....


Puasa and Raya 2012


Tahun nie berpuasa bersama suami tercinta serta keluarga tersayang.... walaupun tanpa abah disisi... jauh di mata dekat di hati kami sentiasa merindui abah, walaupun di Papua New Gueine PNG... setiap tahun, walaupun tahun lepas abah balik untuk bersama-sama dengan keluarga tersayang untuk bersahur dan berbuka puasa.... tapi tahun nie dah lain, abah terpaksa korbankan cuti untuk kerjaya dan cita-citanya...lepas raya abah kena posting ke POLAND, so terpaksa la abah korbankan semua tu untuk keluarga tersayang.... Bersyukurlah dengan apa yang ada...


"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah nikmat-Ku kepadamu, dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih" (QS. Ibrahim [14]:7).

Sunday, July 22, 2012

23 JULAI 2012

Happy 1st Anniversary, Abang!!!....... Luv u So Much........ 



23 JULAI 2011

Terima kasih abang, kerana sudi jadi imam sayang dan untuk anak2 nanti...Semoga menjadi suami yang lebih soleh untuk mendidik anak2 dan Isteri, Mendidik Isteri menjadi lebih sabar... Thanks again  abang, sebab banyak buat pengorbanan untuk sayang..... Luv u so much in my soul...dunia akhirat... Semoga ikatan masjid yang kita bina akan berkekalan hingga ke syurga, ameennn....



23 JULAI 2012


Sunday, May 15, 2011

16 May 2011

•Di saat kamu ingin melepaskan seseorang, ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya

•Di saat kamu mulai tidak mencintainya, ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya

•Di saat kamu mulai bosan dengannya, ingatlah selalu saat terindah bersamanya

•Di saat kamu ingin menduakannya, ingatlah bahawa dia selalu setia kepadamu

•Di saat kamu ingin membohonginya, ingatlah dia telah jujur kepadamu

•Maka kamu akan merasakan erti dia untukmu

•Jangan sampai saat dia sudah tidak lagi di sisimu, kamu baru menyedari semua erti dirinya untukmu

•Yang indah hanya sementara

•Yang abadi adalah kenangan

•Yang ikhlas hanya dari hati

•Yang tulus hanya dari sanubari

•Tidak mudah mencari yang telah hilang

•Tidak mudah mengejar impian

•Namun yang lebih susah adalah mempertahankan yang ada

•Kerana walaupun boleh mengenggam, akhirnya terlepas juga

•Ingatlah kata pepatah: "Jika kamu tidak memiliki apa yang kamu sukai, maka sukailah apa yang kamu miliki saat ini"

•Belajar menerima apa adanya dan berfikiran positif

•Hidup bagaikan mimpi, seindah apapun, apabila bangun semuanya akan ada sinar yang tak berbekas

•Rumah mewah, harta benda, kedudukan, jabatan, namun ketika nafas terakhir tiba, sebatang jarum pun tak dapat dibawa, sehelai benang pun tak boleh dimiliki

•Apa yang mahu diperebutkan

•Apa yang mahu disombongkan

•Maka jalanilah hidup ini dengan keinsafan nurani

•Jangan terlalu berkira

•Jangan hanya mahu menang sendiri

•Jangan suka menyakiti sesama, apalagi terhadap mereka yang berjasa bagi kita

•Belajarlah tiada hari tanpa kasih

•Selalu berlapang dada dan mengalah

•Hidup senantiasa ceria dan luas

•Tak ada yang tak boleh di ikhlaskan

•Tak ada sakit hati yang tak boleh dimaafkan

•Tak ada dendam yang tak boleh terhapus

"Jika kamu tidak memiliki apa yang kamu sukai, maka sukailah apa yang kamu miliki saat ini"

Saturday, May 14, 2011

15 May 2011

Wahai suami-suami,

Jika seorang isteri pernah menangis keranamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.. Tunjukkan kasih sayangmu... Perbuatan adalah lebih baik dari menyatakan atau meluahkannya...

Kerana dia adalah orang yang akn tetap bersamamu sepanjang hidupmu, disaat kau terpuruk terlalu dalam... Disaat kau tewas dalam kehidupan....

Wahai suami, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya... Mungkin, kerana keputusanmu, kau akan merosakkan kehidupannya..

Saat dia menangis di hadapanmu, saat dia menangis keranamu, lihatlah jauh ke dalam matanya... Dapatkah kau lihat dan kau rasakan sakit yang dirasakannya keranamu??

Tuesday, May 10, 2011

Motivation of life

The most difficult person to FACE in life is yourself.

A GRATEFUL heart is the cure for loneliness.

Do not judge the FUTURE by the past.

Never stop reaching for the GOAL in front.

Hold on to your BELIEF, then you will overcome difficulties.

TRIVIALITIES can accumulate to an important episode.

Kind DEEDS can bring good returns.

DREAM is our motivation in life.

WISDOM is to understand that the world is ever-changing.

SINCERITY is a natural spring of water.

Danger brings us TRUE friends.

SMILE is the first step of a new life.

So, go on with your life with a new spirit.

Everyday is a new day... :)

Sunday, May 1, 2011

1 Mei 2011

Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba menjadi selembut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untukmu itu.

Sekiranya kamu menyedari teman lelaki kamu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati, nyata kamu tidak silap memilih teman hidup. Situasi ini terang-terangan sudah menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah jenis orang yang berdamping denganmu sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan,tetapi atas dasar cinta yang sebenar. Betapa beruntungnya kamu.

Selain itu, jika teman lelakimu sentiasa buat hatimu senang dan terhibur, itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius daripada kamu. Sudah tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan sesuatu kenangan yang manis untuk dikenang. Jadi tidak hairanlah lelaki sebegini sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya. Padanya, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membuatkan hati orang yang disayangi sentiasa senang dan terhibur.

Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Dia akan sentiasa mengingati orang yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan di antara kamu. Jadi, terbukalah apabila mendengar nasihatnya.

Cemburu! Satu sikap yang paling tidak disukai oleh kebanyakan insan yang bercinta. Namun jika diamati, cemburu sebenarnya tanda seseorang itu terlalu menyayangi kamu dan tidak mahu hati kamu berubah. Bukan bermaksud dia ingin mengongkong kebebasanmu, tetapi dia cuba mengambil berat setiap apa yang dilakukan oleh kekasihnya pada setiap inci. Jika kamu setia padanya, tidak salahkan dia cemburu asalkan tidak cemburu buta!

Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja. Kalau boleh biarlah ke jinjang pelamin, baru berbaloi!

Kamu pasti pernah melalui situasi di mana teman lelakimu marah dan sentiasa curiga setiap kali kamu bercerita atau berjumpa mengenai lelaki lain di hadapannya. Jangan risau. Bukan bermakna si dia ingin mengongkong perjalanan hidupmu, tetapi risau sekiranya kamu mula berpaling tadah apalagi setelah berjumpa dengan lelaki yang boleh menjadi pencabar terdekatnya. Ini tandanya cintanya begitu mendalam terhadap mu..

Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebih-lebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.

Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya. Jangan pula kamu sangka manjanya itu mengada-ngada. Bukan senang lelaki sanggup mengubah sikap machonya kepada seorang lelaki yang berperawakan manja. Hanya untuk orang yang disayangi sahaja.

Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu. Si dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kamu senang dan tidak dibebani kerja ataupun masalah. Beruntungnya!

Kamu memberitahunya yang kamu akan ke satu-satu tempat untuk satu jangka masa yang agak lama. Tiba-tiba dia jadi menggelabah dan tidak menentu. Itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan darimu dan kamu tidak perlu ragu lagi tentang kesetiaannya.

Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.

Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.

Dan pengorbanan paling besar sekaligus menjelaskan lagi betapa si dia menyayangi dirimu apabila teman lelakimu lebih mementingkan diri kamu berbanding dirinya. Apa sahaja yang dilakukan semata-mata untuk mu. Asalkan kamu sentiasa selesa dan berasa selamat setiap kali bersama dirinya. Jadi, HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya.... Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.