Abah flight dari malaysia-manila jam 10.15am, abah sampai di manila jam 2pm... 7hour dari sekarang baru abah bertolak dari manila-port moresby, papua new guinea (PNG).... dan bermula lah kehidupan abah di tempat baru... kami doakan abah sihat kat sana, jaga kesihatan tau abah..kami sentiasa merindui abah... we LOVE u... :)
Yang indah itu bahasa, yang cantik itu budi pekerti, yang merah itu saga, yang kurik itu kendi....yang indah itu bahasa, yang cantik budi pekerti......
Saturday, May 29, 2010
29 May 2010
Tuesday, May 25, 2010
BELAJAR
Saya belajar,
bahawa saya tidak dapat memaksa orang lain
untuk mencintai saya..
saya hanya dapat melakukan sesuatu untuk orang
yang saya cintai..
Saya belajar,
bahawa waktu bertahun-tahun
untuk membangun kepercayaan dan hanya
beberapa detik saja untuk menghancurkannya....
Saya belajar,
bahawa sahabat terbaik bersama saya
dapat melakukan banyak perkara dan kami selalu
memiliki waktu
terbaik...
Saya belajar,
bahawa orang yang saya lihat
adalah orang yang jahat,
justeru adalah orang yang membangkitkan
semangat hidup saya kembali serta
orang yang begitu prihatin pada saya...
Saya belajar,
bahawa persahabatan sejati senantiasa ada
walau dipisahkan oleh jarak yang jauh,
Saya belajar,
bahawa jika seseorang tidak menunjukkan perhatian
seperti yang saya inginkan,
bukan bererti bahawa dia tidak mencintai saya....
Saya belajar,
bahawa sebaik-baiknya pasangan itu,
mereka pasti pernah melukai perasaan saya....
dan saya harus memaafkannya...
Saya belajar,
bahawa saya harus belajar memaafkan diri sendiri
dan orang lain...
kalau tidak mahu dikuasai perasaan bersalah
kemudian hari...
Saya belajar,
bahawa lingkungan dapat mempengaruhi peribadi saya,
tapi saya harus bertanggung jawab untuk apa yang telah
saya lakukan..
Saya belajar
bahawa dua manusia dapat melihat suatu benda,
tapi dari sudut pandangan yang berbeza...
Saya belajar,
bahawa tidaklah penting apa yang saya miliki
tapi yang penting adalah siapa diri saya sebenarnya..
Saya belajar,
bahawa tidak ada yang instant atau serba cepat di
dunia ini,
semua melalui proses dan pertumbuhan,
kecuali saya mahu sakit hati...
Saya belajar
bahawa saya harus memilih
apakah menguasai sikap dan
emosi itu yang
menguasi diri saya...
Saya belajar,
bahawa saya punya hak untuk marah, tetapi itu bukan
bererti
saya harus benci dan berlaku bengis....
Saya belajar,
bahawa kata-kata manis tanpa tindakan adalah yang paling sakit
jika berpisahan dengan
orang yang saya cintai...
Saya belajar,
bahawa orang-orang yang saya kasihi justeru sering
diambil segera
dari kehidupan saya...
Saya belajar,
bahawa saya harus belajar dari kesalahan yang
pernah saya lakukan dan hidup untuk masa depan,
bukan terus-menerus melihat masa lampau..
Saya belajar,
bahawa cinta itu memberi dan mengerti tanpa harus
diberi dan dimengerti..
Saya belajar,
bahawa apa yang kita inginkan tidak selalu sesuai
dengan apa yang kita perlukan, dan kita harus
berlapang dada untuk menerimanya..
Saya belajar,
bahwa keluarga saya adalah harta terbesar yang
saya punya..
Saya belajar,
bahwa dengan berterima kasih pada Yang Maha Kuasa,
maka Ia akan memberi rahmat lebih banyak lagi..
Saya belajar,
bahwa saya harus tidak boleh berhenti belajar...
Kau Hadir Dalam Hati Ku...

Dikau hadir
Di kala aku memerlukan seorang teman
Dikau bawa secebis bahagia
Bila aku hampir berputus asa
Kuterima segala
Apa yang diperduga
Dan kini kubersedia
Hadapi hari muka
Kau bawa sinar cahaya
Di hariku yang gelita
Dan dikau hadir tepati waktunya
Membawa tawa ceria
Bila mana kau terima
Hidup ada suka dan duka
Mendung takkan selamanya
Sinar mentari kan menjelang tiba
Lagu : Yasin Sulaiman (Hush Entertainment)
Lirik : Yasin Sulaiman (Hush Entertainment)
25 MAY 2010
Tinggal 4 hari saja abah akan berangkat ke PNG, kami 5 beranak dapat rasakan masa begitu cemburu pada kami sehingga kami kurang meluangkan masa bersama disaat2 akhir abah kat malaysia.. minggu nie abah terlalu sibuk menguruskan barang dan keperluan2nya disana sehingga kami juga merasa kepenatan yang teramat sangat kerana membantu. Baru2 nie kt rumah kami ada buat jamuan kecil2lan untuk adik2 belah abah dan tak lupa juga abg.din dan keluarga turut sama dalam jamuan tersebut. tak sangka juga abg.din dan keluarga sempat datang melawat abah. kami mengalu2kan kedatangan orang lain juga ;) .. mohon maaf juga sekiranya layanan kami tak memberangsangkan sebab abah umi terlalu sibuk menguruskan hal2 yang tak dapat dielakkan...insyaalah, segala urusan kami sekeluarga ALLAH permudahkan..amin...
tapi sedih jugak abah dah nk pegi,belum sempat pun kami luangkan masa yang banyak untuk abah..lepas nie kami ada abah jarak jauh...hehehe... tapi takpe, semoga ALLAH kuatkan iman kami serta kebahagiaan keluarga kami berkekalan...amin, doakan kami ye... ;)
Friday, May 21, 2010
16 MAY 2010
Melatih Diri untuk Bersangka Baik Pada Semua...
Masalah, stress, tekanan, pergolakan jiwa semuanya datang dari minda kita.
Lebih tepat lagi, ia datang dari minda separa sedar kita kerana semua emosi adalah dari minda separa sedar. Minda kita mempunyai kapasiti untuk menarik masalah, stress, tekanan dan pergolakan datang kepada kita.
Sebabnya? Minda kita terbentuk menjadi negatif. Maka, ia menarik situasi-situasi negatif untuk dimunculkan dalam hidup kita. Kita berada dalam suasana negatif tanpa kita sedari kerana perbuatan-perbuatan negatif dah jadi satu kebiasaan pada kita.
Sesuatu perlu dilakukan untuk mengubahnya secara total, mengubahnya dengan penuh berkekalan, bukan sekadar sebulan dua sahaja. Jika minda kita ada kapasiti untuk menarik masalah, stress, tekanan dan pergolakan, minda juga boleh menarik kegembiraan, keceriaaan, kebahagiaan dan kedamaian untuk muncul dalam hidup kita.
Untuk itu, minda perlu dibentuk, diransang dan didorong menjadi positif.
Nak menjadi seorang yang cemerlang, anak cemerlang, ibu bapa cemerlang, terlebih dahulu kena ubah emosi menjadi cemerlang, menjadi warna positif kerana positif adalah sikap orang cemerlang. Silap ibu bapa adalah, mahu anak mereka cemerlang tapi tak menunjukkan sikap cemerlang di depan anak-anak.
Tak kira kita ni ibu bapa atau anak, sesuatu perlu dilakukan untuk kita merubah sikap. Positifkan diri supaya kita boleh mencapai kecemerlangan lalu membuat kita dikelilingi kegembiraan, kebahagiaan. Kesannya, dari situ kita boleh berumpa dengan pelbagai keajaiban. Kita akan berjumpa situasi-situasi menggembirakan, terjadi tanpa di sangka-sangka.
Jangan ambil remeh hal emosi, hal minda. Walaupun kedua-duanya hanya perkara kecil, tapi memberi kesan yang besar dalam hidup Anda. Belajar melatih diri untuk sentiasa bersangka baik, jujur dan mudah memberi maaf.
Bersangka baik sebaik yang mungkin, sekerap yang mungkin, selama yang mungkin.
Monday, May 17, 2010
11 MAY 2010
29 mei 2010, abah akan berangkat pergi ke Papua New Genue (PNG) tujuannya untuk bekerja dan mencari pengalaman baru berada dinegara orang. Rasa berat jew hati nie sebab selama nie apa-apa urusan yang berkaitan dengan keluarga, abah yang uruskan, tapi bila abah dah kena berkerja kt sana (PNG) untuk mencari rezeki lebih, kami anak beranak lah yang kena uruskan semua dimalaysia.. :( kami doakan umie tabah dalam mengambilalih bidang abah selama nie,,, dan kami anak beranak akan turut membantu umie dalam mencari redha ALLAH.. Insyaallah segala urusan kami ALLAH permudahkan...Amin...