Wednesday, June 30, 2010

Smile by Uncle Kracker - Lyrics

1 JULY 2010

salam kepada semua...

Alhamdulillah, kini aku sihat seperti sediakala... terima kasih ya ALLAH kerana mengajarku erti kehidupan... hari nie, genaplah sebulan abah duk kat PNG tanpa keluarga disisi..... pagi tadi abah ade masej, dia tanya khabar..... then dari masej yang abah bagi tu bagai hendak meluah tapi tiada tempat, sayunya hatiku mendengar kata2 abah camtu.... apa2 pun aku balas balik dengan kata2 semangat padanya.... kami tak sabar nak tunggu abah balik masa raya nanti, lagi cepat abah balik hati kami lagi senang.... ya ALLAH, kuatkan lah hati keluarga kami dalam meniti ujianMu... kerana kami adalah hambamu yang inginkan kebahagiaan didunia dan akhirat.... rahmatilah kami sekeluarga dalam meniti hidup.... amin...

Tuesday, June 22, 2010

23 JUN 2010

Malam tadi 11.30pm, 22 jun selasa aku pergi ke hospital serdang, saya pergi dengan k.latifah and k.ajrina (HEP) En.hafiz yang hantar kami kesana...lepas maghrib tuh badan2 aku terasa macam nak suh orang lain garu kan jew... gatal gler... then malam tadi after check kat wad kecemasan, MA tu check tekanan darah (BP), then baru amik no untuk jumpe doktor... lame gler tunggu, rase muka panas, bengkak2 dengan gatalnye... dah macam ape jew....pagi nie pun badan aku penuh dengan bintik2 merah.... gatal pun semacam je... doktor cakap, malam tadi... efect ubat masuk bawah kulit tu yang kulit jadi gatal2 lagipun ubat tu tak sesuai dengan saya..... saya pun tak tahu kenapa dengan antibody saya, mybe alah pada ubat klinik, sebab saya jarang sangat2 makan ubaat klinik, selalu makan ubat homeopathy kg. baru... so, saya jarang sakit bila dah sakit memang teruk... rasa tak tertanggung... mungkin nie adalah kafarah dosa, ALLAH nak uji hambanya supaya menjadi hamba yang lebih dekat lagi padanya... ALLAH tak akan uji hambanya bila hambanya tidak mampu... insyaallah dengan usaha dan tawakkal dari seorang hambanya akan dimakbulkan.... doakan kesihatan dan kesejahteraan saya dan keluarga... amin... TQ... :)

Monday, June 21, 2010

22 JUN 2010

salam....
Dah 2 minggu aku asyik ulang-alik pergi ke klinik check bengkak (kelenjar) kat belakang telinga, tapi doktor tak dapat nk kesan lagi ape penyakitnya... then masa tu jugak aku pergi hospital kajang pergi check, doktor suh makan ubat amoxicilin (antibiotik) nak tengok bengkak (kelenjar) belakang telinga kurang or tak lepas seminggu makan ubat tu.. Dari semalam lagi aku dah pergi klinik, lepas doktor check, doktor suh datang esoknya (selasa) untuk masukan ubat ape tah, then ambil darah.. So, Hari nie (selasa) 9.00am, pagi2 lagi aku dah pergi klinik untuk suntik vaksin dan ambil darah and hari jumaat nie 25 JUN 2010 kena pergi klinik balik untuk check my result and buat x-ray.... kebasnye tangan and kaki belah kiri sebab doktor masukkan ubat vaksin ape tah namenye... 1st time aku ambil darah, boleh pulak darah tak nak kuar, ketakutan jugak la tengok jarum yang halus tuh... aku belajar untuk berdikari dalam hidup tanpa seorang ayah disisi, walaupun rasa ketiadaannya disisi tapi tetap berada dalam hati.... rindu sangat kat abah, sampai kadang2 tak boleh tido malam teringatkan abah.... dalam fikiranku, bila la abah nak balik malaysia.... terasa sangat tanpa ayah dalam keluarga, bagaimana la perasaan orang yang tak ada ayah lagi.. mesti sedih, saya yang ada ayah lagi nie tapi berjauhan pun terasa kerinduan yang amat sangat apatah lagi yang sudah tiada.... semoga ALLAH permudahkan urusanKu serta urusan keluargaKu.... Dikesempatan ini, saya memohon maaf sekiranya pernah buat sape2 terasa hati dengan saya, terkasar bahasa selama nie.. harap dapat dimaafkan.... TQ :)

Friday, June 18, 2010

18 JUN 2010

Bosan nye malam nie, selalu lepas habis kelas petang jumaat terus balik rumah.. Disebabkan esok pagi kul 8am ada duty hostel, so kena la stay kat hostel nie.... Boring la pulak, kawan2 sume kuar.... Malasnye nk join, sebab broadband dah ada... tak kisah la kalau tak kuar pun.... huhuhuhu...
apa2 pun esok tengahari nak balik rumah... waaaa, bestnye nak balik rumah... tak sabar rasanya... :) nak jumpa umie saya, adik-adik saya.... nak celebrate bufday umie sekali... sebab hari tu kami sume just wish je kt umie... tak sempat celebrate sebab kteorg tak dapat balik rumah....

Wednesday, June 16, 2010

17 JUN 2010




NAME OF MY MOTHER BIRTHDAY
HJH. TUESAH BT. HJ. AMIN :)

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-48 UMIE....
17 JUNE 1962 - 17 JUNE 2010
SEMOGA PANJANG UMUR DAN DIMURAHKAN REZEKI....
ABAH, ALONG, ANGAH, UDA, ADIK IDAH SENTIASA DOAKAN KESEJAHTERAAN UMIE
SERTA KEBAHAGIAAN DALAM KELUARGA KITA...AMIN... :)

SEMOGA UMIE MENJADI IBU MITHALI SERTA MENJADI CONTOH KEPADA IBU2 YANG LAIN DAN MENDAPAT KEREDHAAN DARIPADA ALLAH DALAM MENDIDIK KAMI...
SERTA MENCARI REDHA ALLAH SEBANYAK2NYA DIDUNIA DAN DIAKHIRAT....
INSYAALLAH....

We Love U...muahhh....!!!


Thursday, June 10, 2010

Erti Disebalik Kesetiaan


Ramai insan yang masih lagi tidak faham akan apakah erti kesetiaan dalam sebuah perhubungan. Ramai yang bertanya mengapa kita perlu setia, sedangkan belum tentu kekasih kita itu menjadi pasangan hidup kita? Disebabkan persoalan inilah kecurangan sering berlaku dimasa kini, sehingga ramai antara insan di muka bumi ini dilanda kekecewaan dan ada yang menyedihkan sehingga sanggup membunuh diri apabila ditinggalkan kekasih.

Kesetiaan dalam perhubungan adalah sangat penting, ini adalah kerana kita telah mengambil amanat dan tanggungjwab daripada pasangan kita itu untuk menjadikan dirinya hanya satu dihati kita sewaktu kita mengambilnya sebagai kekasih. Alangkah sedihnya apabila tanggugjawab atau amanat yang seharusnya kita jaga itu, tidak kita tunaikannya…? Tidakkah ia sama dengan penipuan…? Jangan taburkan janji jika kita tidak mampu untuk tepati dan jangan mengatakan cinta kalau kita tidak mampu untuk memberikannya sepenuh hati…

Ingatlah bahawa, hidup kita seperti roda, tidak semestinya kita sentiasa berada di atas. Jika kita permainkan hati insan lain, suatu masa kita juga akan dipermainkan… Dan pada waktu itu, penyesalan tiada gunanya… Setiap apa yang kita lakukan pasti ada balasanya, hanya masa yang dapat menentukan…

Untuk insan yang menjaga kesetiaan terhadap pasangan, anda adalah yang terbaik. Jadilah insan yang boleh membahagiakan pasangan kita tanpa rasa jemu. Jika anda dicurangi, jaganlah bersedih ataupun berdendam, tetaplah menjadi yang terbaik. Kerana anda mempunyai maruah diri, jangan samakan diri anda dengan insan yang tidak setia. Anda telah melakukan yang terbaik untuk pasangan anda dengan menjaga keperibadian diri dengan sebaiknya. Mereka tidak pandai menjaga harga diri mereka. Suatu hari nanti mereka akan menyesal dan akan menyedari akan kebaikan yang anda lakukan…

Tidak penting untuk kita ketahui sama ada pasangan kita jujur, ikhlas atau setia dengan kita yang penting Allah tahu kita bagaimana, dan Allah tidak akan mensia-siakan apa yang kita lakukan… Tawakal dan redha lah…

Lelaki atau wanita yang baik hanya untuk lelaki atau wanita yang baik…

Manakala lelaki atau wanita yang tidak baik hanya untuk lelaki yang tidak baik…

Pilihan adalah di tangan anda…

11 JUN 2010

Apabila merindui seseorang, Adakah perlu untuk diluahkan atau dipendam????.... Ya ALLAH, berikanlah aku kekuatan untuk melupakannya dari ingatanku serta dekatkanlah hatiNya dengan hatiKu apabila dia layak untuk diriku.... redhaMu lebih layak bagiKu, YA ALLAH.....

Wednesday, June 2, 2010

3 JUN 2010


Hari ni abah duk kt PNG hampir seminggu la jugak, kelmarin aku Email dengan abah tanya khabar... aku dapat rasakan abah begitu seronok berada kat sana, kadang2 abah rasa keboringan jugak duk sana sorang2, hehehehe... balik keje dia sempat singgah ke rumah kawannya untuk bermain dengan anak kecil, nama nya DANISH umur 9 bulan.. sekadar melepaskan rindu pada keluarga abah singgah untuk menghiburkan hati nya... bila aku dengar abah cakap camtu hati ku sebak, macam nak bawak je sume gi sana, duk sana.. tapi apa kan daya kami semua ada tugas yang perlu diselesaikan.. Insyaallah tahun depan kami sekeluarga akan ke sana untuk melawat abah tersayang dan bercuti bersama2 keluarga disana... salam sayang kami semua untuk abah... WE LOVE U.... :)


Hari ini 3 jun, kebetulan hari lahir along(naemah) SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-23 TAHUN ALONG... my dear sweet heart naemah, have a very happy and joyful birthday!!.. thank u ALLAH for a wonderful NAEMAH that gave me and family... NAEMAH dear, terima kasih untuk tiap senyuman dan pelangi yang kamu berikan disaat kami perlukannya.. tenang dan sejuk hati kami.. itu yang kami rasakan mendapat seorang kakak iaitu along naemah yang istimewa sepertimu... We Love u!!!!... no doubt... muahhh... we Love u Forever... :)

Jadikanlah Hari Ini Penuh Dengan Keberkatan



Bersabarlah bila bencana datang menimpa nescaya ALLAH akan mendatangkannya jalan keluar baginya..


Selepas kita mendirikan solat subuh, duduk dengan khusyuk dan menghadapkan diri ke arah kiblat 10minit, kemudian lanjutkanlah dengan memperbanyakkan berzikir dan berdoa. Pintalah pada ALLAH hari yang indah, hari yang baik dan penuh keberkatan, hari yang bahagia, serta berisi dengan kejayaan, kesolehan dan keberuntungan. Mintalah kepadaNya hari tanpa mara bahaya, krisis dan masalah. Dan hari yang rezekinya berlimpah, kebaikannya banyak, perlindungannya luas, atau hari yang tiada kekeruhan didalamnya, yang tiada pula kesusahan dan kesedihan.
Dari ALLAH lah kebahagiaan dipinta. Dari ALLAH lah rezeki diharapkan. Dari ALLAH lah kebaikan diharapkan. Duduk seperti ini -insyallah- akan menjadi jaminan bagimu dalam menghadapi hari yang penuh berkat dan bermanfaat.
Diantara perkara yang dianjurkan bila anda melakukan pekerjaan atau sedang duduk hendaklah mendengar sesuatu dari Kitabullah (Al-Quran), baik dari CD mahupun dari radio yang bacaannya dilakukan oleh seorang qari' yang patuh, khusyuk, lagi merdu suaranya. Dia memperdengarkan kepada anda sebahagian dari ayat-ayat ALLAH S.W.T yang ada dalam kitabNya dan anda mendengarkannya dengan penuh perhatian dan khusyuk. Maka akan menjadi bersihlah hati dari kekeruhan, keraguan dan kecurigaan yang mencemarinya, lalu akan kembali menjadi baik keadaannya dan lebih lapang dadanya daripada sebelumnya.


janganlah kita menghiraukan segala sesuatu yang tidak mampu untuk diselesaikan sebagai penggantinya, curahkanlah waktu untuk berusaha memperbaiki sesuatu yang mampu kita perbaikinya.